2 suspek kes tetak di Mengkuang akan dituduh Isnin ini

DUA lelaki akan didakwa di Mahkamah Temerloh Isnin depan selepas dipercayai terbabit dalam kes mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam di Mengkuang, Bera awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, setakat ini lima tangkapan dibuat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, empat suspek masih dalam tahanan polis, manakala seorang lagi diberi jaminan polis atas faktor kesihatan.

Beliau berkata, tangkapan pertama pada 4 April lalu jam 12 tengah hari di Tingkat 4 Wad Unit Rawatan Koronari (CCU), Hospital Kuala Lumpur.

“Tangkapan kedua, ketiga dan keempat pula dibuat selepas suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera antara 6 hingga 7 April lalu.

“Tangkapan kelima dibuat pada 8 April jam 3 petang sebelum suspek diberi jamin polis pada hari sama kerana masalah kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkiflee berkata, suspek pertama dibawa ke Mahkamah Temerloh pada 5 April lalu dan dibenarkan ditahan reman selama lima hari hingga 9 April lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan.

“Suspek pertama akan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan manakala, suspek kedua mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

“Suspek ketiga, keempat dan kelima pula dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img