299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global diturunkan setakat ini – Fahmi

SEBANYAK 299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial setakat ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 450 kandungan palsu yang dikenal pasti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diturunkan bagi tempoh 29 Mac hingga jam 7 pagi ini.

“Kadar penurunan yang dicatatkan adalah sebanyak 66 peratus pada waktu ini. Selebihnya masih dalam proses tindakan oleh platform terlibat, kerana penurunan kandungan adakalanya memerlukan sedikit masa pada peringkat platform,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.

Menurut Fahmi, sejumlah 147 kandungan berkaitan Selat Hormuz telah dimohon untuk diturunkan, dengan 122 daripadanya telah diturunkan pagi tadi.

“Platform yang paling banyak (menyebarkan) maklumat palsu adalah Facebook dengan 180 kandungan melibatkan pelbagai isu, manakala kedua paling banyak adalah TikTok iaitu sebanyak 134 kandungan,” katanya.

Beliau memberitahu, peningkatan kandungan palsu di aplikasi Threads berkemungkinan berkait dengan pemilikan akaun yang saling berkait antara Facebook dan Instagram, sekali gus memudahkan pengguna membuka akaun di platform berkenaan.

Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan sebanyak 57 kertas siasatan telah dibuka setakat ini berhubung penyebaran kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global.

Daripada jumlah itu katanya, satu kes telah diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk didakwa dalam masa terdekat, manakala lima kes menerima arahan kompaun, dengan jumlah kompaun masih belum ditetapkan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img