300 individu ditahan dalam program dikaitkan dengan Jemaah Ahmadiyah Qaidani

JABATAN  Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 300 individu, termasuk 12 pemimpin dan penganjur utama sebuah kumpulan dikaitkan dengan ajaran sesat dalam operasi bersepadu  di dewan sebuah sekolah menengah di Likas, Kota Kinabalu semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman, dalam kenyataan berkata, operasi  itu dilancarkan susulan aduan awam mengenai satu program selama dua hari bermula kelmarin dipercayai menghimpunkan pengikut Jemaah Ahmadiyah Qadiani di sekolah itu.

 

‘’Semakan mendapati himpunan sempena Program Jalsa Salana Wilayah Sabah Ke-32 itu dikaitkan dengan Jemaah Ahmadiyah Qadiani yang difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah sejak 2007.

“Seramai 300 individu ditahan bagi membantu siasatan yang terdiri 12 pemimpin dan penganjur utama serta 288 ahli jemaah. Program turut dihadiri pimpinan tertinggi Jemaah Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) selain ahli dari beberapa daerah di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu Pihak berkuasa merampas 24 helai banting memaparkan pengasas dan pemimpin tertinggi kumpulan itu, kira-kira 200 buku dan bahan bacaan berkait ajaran terbabit, dokumen program, senarai kehadiran, bahan penerbitan serta pelbagai dokumen lain mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 52(1), Seksyen 52A dan Seksyen 102 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995. Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut oleh JHEAINS.

“Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai mendapatkan panduan agama daripada sumber sahih dan diiktiraf serta merujuk pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang keraguan berkaitan sesuatu ajaran atau fahaman agama.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati menyebarkan fahaman menyeleweng daripada ajaran Islam,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img