4 kanak-kanak jatuh longkang, dua maut, dua cedera di Kulim

DUA  kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut manakala dua lagi dikejarkan ke hospital selepas mereka dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Syamsul Sinring berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 7.30 malam dan dua kanak-kanak lelaki yang dibawa ke hospital berusia 11 dan lapan tahun.

“Maklumat awal yang diterima mengatakan empat kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang.

“Anggota telah ke tempat kejadian dan mendapati dua kanak-kanak lelaki telah dibawa ke hospital dan dua orang lagi maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here