4 maut, 20 cedera bas bawa rombongan kahwin jatuh gaung

SEKURANG-kurangnya empat maut dan 20 lagi cedera selepas bas yang membawa rombongan perkahwinan terjunam ke dalam gaung di wilayah Sindh selatan Pakistan pada Ahad, kata pegawai penyelamat.

Nahas berlaku di daerah Shikarpur selepas bas itu dilaporkan mengalami tayar pecah dan terbabas dari jalan raya, kata jurucakap Penyelamat 1122 Sindh.

Menurut pegawai penyelamat, kira-kira 50 penumpang, termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas serta pasangan pengantin, berada di dalam bas ketika kemalangan, lapor Xinhua.

Mayat empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak ditemui semasa operasi menyelamat manakala mangsa yang cedera diberikan pertolongan cemas dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan, tambah jurucakap itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img