441 kandungan palsu krisis tenaga global diturunkan setakat 15 April 

SURUAHNJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenal pasti sebanyak 441 kandungan palsu berkaitan isu krisis tenaga global bagi tempoh 29 Mac hingga 15 April setakat jam 7 pagi tadi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, aduan rasmi telah dibuat dan permohonan untuk menurunkan kandungan berkenaan telah dipanjangkan kepada platform media sosial terlibat.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 54 kertas siasatan telah dibuka, dengan 12 daripadanya sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian dan tindakan lanjut, manakala 42 lagi masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, pihaknya turut mengesan penyebaran satu grafik yang menyalahgunakan format sebuah media tempatan, Sinar Harian, yang kononnya mengumumkan perubahan Automatic Pricing Mechanism (APM).

Katanya, maklumat itu adalah tidak benar dan orang ramai dinasihatkan supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

“Untuk makluman, harga baharu produk bahan api di Malaysia hanya akan diumumkan setiap hari Rabu sekitar jam 6 atau 7 petang.

“Sebarang makluman yang tersebar sebelum waktu itu dan bukan daripada sumber rasmi berkemungkinan adalah palsu,” katanya.l.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img