6 lelaki maut Toyota Camry bertembung lori di Jalan Karak Lama

ENAM lelaki maut selepas kereta Toyota Camry yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh, berhampiran Klinik Desa Jambu Rias di Bentong awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia antara 15 hingga 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki mengalami rempuhan kuat.

KEMALANGAN maut melibatkan sebuah Toyota Camry dan lori muatan satu tan yang meragut nyawa enam lelaki di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, awal pagi ini. GAMBAR: BBP Karak

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 4.32 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Camry serta sebuah lori satu tan.

KEMALANGAN maut melibatkan sebuah Toyota Camry dan lori muatan satu tan yang meragut nyawa enam lelaki di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, awal pagi ini. GAMBAR: BBP Karak

“Enam mangsa lelaki yang menaiki Toyota Camry didapati tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu lori mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

KEMALANGAN maut melibatkan sebuah Toyota Camry dan lori muatan satu tan yang meragut nyawa enam lelaki di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, awal pagi ini. GAMBAR: BBP Karak

Katanya, anggota bomba bertindak memberikan rawatan awal serta mengeluarkan semua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas penyelamatan iaitu Rescue Tool dan Combi Tool.

“Mayat kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada KKM,” katanya.

KEMALANGAN maut melibatkan sebuah Toyota Camry dan lori muatan satu tan yang meragut nyawa enam lelaki di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, awal pagi ini. GAMBAR: BBP Karak

Operasi membabitkan tujuh anggota BBP Karak dengan bantuan sembilan anggota BBP Mentakab berjaya dikawal pada jam 5.57 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.40 pagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img