7,043 PATI ditahan dalam operasi imigresen setakat Februari

SERAMAI 7,043 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada pelbagai warganegara ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tempoh 1 Januari hingga 19 Februari lalu, dengan lapan negara mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya melaksanakan 1,855 operasi penguatkuasaan di seluruh negara membabitkan pemeriksaan terhadap 30,177 individu.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 7,043 tangkapan PATI membabitkan pelbagai warganegara direkodkan.

“Berdasarkan jumlah tangkapan tersebut, kesalahan tertinggi adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di negara ini tanpa pas atau dokumen perjalanan sah melibatkan 4,804 kes.

“Seterusnya, sebanyak 1,250 kes direkodkan mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa, diikuti 806 kes direkodkan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, manakala 183 kes lagi membabitkan kesalahan lain-lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lapan negara mencatat jumlah tangkapan tertinggi iaitu Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China.

“Dari segi taburan warganegara asing yang ditahan, lapan negara mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi adalah Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China,” katanya.

Beliau berkata, JIM menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara konsisten dan berfokus tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang imigresen.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img