Jenayah dalam talian catat kerugian lebih RM2.7 bilion sehingga November lalu

SEBANYAK 67,735 kes jenayah dalam talian melibatkan kerugian lebih RM2.7 bilion direkodkan di seluruh negara untuk tempoh Januari hingga November tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jenayah telekomunikasi merekodkan jumlah tertinggi dengan 28,698 kes diikuti jenayah e-dagang sebanyak 14,881 kes.

Menurut kenyataan itu, penipuan pelaburan tidak wujud turut menjadi antara penyumbang utama kerugian dengan mencatatkan 9,296 kes manakala pinjaman tidak wujud (8,029), jenayah e-kewangan (5,853) dan love scam (978).

“Jumlah kerugian akibat pelaburan tidak wujud merekodkan jumlah tertinggi, iaitu lebih RM1.37 bilion, diikuti jenayah telekomunikasi (RM715.7 juta), e-kewangan (RM458.1 juta), e-dagang (RM123.7 juta), pinjaman tidak wujud (RM59.1 juta) dan love scam (RM43.7 juta),” kata kenyataan itu.

Statistik berkenaan menunjukkan kadar jenayah siber yang membimbangkan dan orang ramai dinasihati supaya bertindak segera jika menjadi mangsa dengan menghubungi bank bagi menyekat transaksi mencurigakan.

Selain itu, orang ramai yang menjadi mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 serta melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img