Alamat tidak tepat: Bomba hadapi kesukaran tiba di lokasi menara telekomunikasi terbakar

SEBUAH menara telekomunikasi terbakar di kawasan pencawang Telekom Malaysia Sungai Perak di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, petang semalam.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.36 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah menara telekomunikasi dilaporkan telah terbakar dan kebakaran dapat dilihat dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Anggota yang bergerak ke lokasi mendapati alamat yang diberikan tidak tepat dan terperangkap dalam kesesakan lebuh raya.

“Selain itu, anggota terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk ke lokasi kejadian kerana terletak dalam hutan dan ladang sawit. Bomba terpaksa menaiki Hilux dan apabila sampai mendapati api telah padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KEBAKARAN pencawang menara telekomunikasi yang sempat dirakamkan pengguna Threads semalam

Beliau berkata, kebakaran itu dipadamkan dengan bantuan pemilik tanah yang menggunakan alat pemadam api dan air tadahan hingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Kebakaran yang melibatkan sebahagian daripada menara itu menyebabkan beberapa panel komunikasi mengalami gangguan seperti Maxis dan siasatan lanjut diteruskan pagi ini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img