SPRM sita koleksi jam tangan mewah, barangan kemas lebih RM2.2 juta di kediaman isteri kedua bekas PTD

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita aset mewah melibatkan jam tangan jenama Rolex dan barangan kemas bernilai lebih RM2.2 juta selepas penggeledahan di sebuah kediaman isteri kedua kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) di sebuah negeri di pantai timur hari ini.

Kesemua aset mewah itu ditemukan pegawai penyiasat SPRM selepas menggeledah dua bagasi yang digunakan untuk menyimpan barangan tersebut.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan sejumlah 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa berjumlah kira-kira RM2 juta ditemukan.

“SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat dianggarkan bernilai kira-kira RM225,000,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Khamis lalu media melaporkan bekas PTD yang disiasat dalam kes rasuah membabitkan tender perolehan Tentera Darat direman tujuh hari bermula 8 Januari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Selain itu, isteri kedua beliau yang turut ditahan SPRM pula direman enam hari, manakala isteri pertamanya direman selama tiga hari.

Semalam, media melaporkan SPRM telah menyita wang tunai, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan emas kira-kira RM6.9 juta melibatkan kes terbabit.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img