Selepas jenazah Nadia dikebumikan, coretan sedih suami tarik perhatian

JENAZAH Allahyarham Nadia Kesuma selamat dikebumikan pada jam 7.35 pagi di Jeddah (12.35 tengah hari waktu Malaysia), sejurus selesai solat Subuh waktu tempatan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook oleh suaminya, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, yang berkongsi rasa dukacita atas pemergian isterinya.

GAMBAR kubur Allahyarham Nadia Kesuma di Jeddah. GAMBAR: Ihsan keluarga Allahyarham Nadia Kesuma

Berikut adalah coretan penuh Dr Muhammad Kamarul Kabilan dalam hantaran Facebook yang diabadikan kepada Allahyarham isteri tercintanya, Nadia Kesuma;

Fasa kedua terakhir perjalananmu menuju istana baharu. Aku cemburu padamu, sayang.

Kira-kira 500 jemaah menunaikan solat jenazah untukmu di Masjid Althaniyan, Jeddah, selepas Subuh. Jika suatu hari nanti aku memperoleh walaupun separuh daripada jumlah itu, aku sudah amat bersyukur.

Aku gembira untukmu, namun kesedihan masih menyelubungi diriku apabila kita semakin hampir ke rumah baharumu. Engkau sememangnya layak menerimanya. Setelah sekian lama engkau bekerja tanpa mengenal lelah, bertungkus-lumus dengan keringat dan air mata, demi aku dan anak-anak.

Sayangku, engkau benar-benar layak untuk berehat.

Kini biarlah Allah melayanmu dan membalas segala kebaikan, kasih sayang dan keprihatinan yang telah engkau curahkan kepada aku, anak-anak, keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran sepanjang tahun-tahun berlalu. Amin.

Oh ya, suhu di rumah baharumu ialah 22°C. Seperti yang pernah engkau katakan kepada Sarah, “Malaysia ini panas!” — kini engkau berada di tempat yang lebih sejuk.

Allahyarham Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50 tahun, sebelum ini dilaporkan gagal dikesan pada Khamis lalu, ketika dalam penerbangan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Bagaimanapun, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 8.07 pagi waktu tempatan hari yang sama.

Semalam, Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya berlepas ke Jeddah bagi menguruskan jenazah Allahyarham.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img