Dr.Mahathir nikmati cokelat ais ketika dibawa keluar seketika dari IJN

KEADAAN  kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan stabil apabila beliau dibawa keluar seketika oleh pegawai perubatan Institut Jantung Negara (IJN) ke sebuah kafe di sebuah pusat beli-belah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur  hari ini.

Jurucakapnya, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib serta pegawai-pegawai perubatan IJN dan menghabiskan masa kira-kira 40 minit di lokasi berkenaan.

Kata beliau,  Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas cokelat ais, sekali gus menjadi ‘outing’ pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu bagi rawatan dan pemulihan.

“Dr Mahathir yang memilih untuk menikmati segelas ‘ice chocolate’ bagi ‘outing’ pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6hb Januari bagi rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines yang mengakibatkan tulang pinggul kanan beliau patah, ” katanya lapor Sinar Harian.

Sufi berkata, Dr Mahathir kemudiannya dibawa semula ke IJN dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah kerana perlu meneruskan rawatan di institut berkenaan.

Lawatan ke atas bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun masih terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img