Pesawat Tentera Udara Diraja Thailand terhempas di Chiang Mai, dua juruterbang terbunuh

SEBUAH  pesawat Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas di wilayah Chiang Mai pada pagi Khamis, mengorbankan dua juruterbang yang berada di dalamnya.

Pesawat ringan jenis Beechcraft AT-6TH itu dilaporkan sedang menjalani penerbangan latihan sebelum terhempas di kawasan hutan di Kampung Huay Muang Fang Sai, daerah Chomthong, menurut laporan media tempatan yang memetik kenyataan tentera udara.

Saluran Amarin TV melaporkan penduduk setempat mendakwa terdengar dua letupan kuat sebelum pesawat berkenaan terbakar.

Tentera Udara Diraja Thailand memiliki lapan buah pesawat AT-6TH yang digunakan bagi pelbagai tujuan, termasuk misi tempur. Kesemua pesawat tersebut berpangkalan di Wing 41 di wilayah utara Thailand.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img