Polis Bangkok buru lelaki rompak barang kemas RM1.4  juta

POLIS  di Bangkok melancarkan operasi memburu seorang lelaki bersenjata yang merompak sebuah kedai emas di Sukhumvit Soi 50 dan melarikan barang kemas emas bernilai kira-kira 11.1 juta baht (RM1.4 juta) serta wang tunai 170,000 baht (RM21,000) pada malam Jumaat.

Polis dari Balai Polis Phra Khanong menerima laporan mengenai kejadian rompakan di kedai emas Aurora yang terletak di sebuah pusat beli-belah Lotus di daerah Khlong Toey pada jam 11.30 malam.

Menurut pihak penyiasat, suspek merupakan seorang lelaki yang memakai baju berlengan panjang berwarna biru, seluar panjang dan topi matahari.

Suspek dipercayai telah menyiram petrol di dalam kedai sebelum mengacukan pistol ke arah kakitangan dan mengugut mereka supaya menyerahkan semua barangan berharga. Ketika kejadian, terdapat empat kakitangan wanita yang sedang bersiap untuk menutup kedai.

Suspek melarikan sebanyak 149 baht berat emas (kira-kira 2.2 kilogram), yang dianggarkan bernilai 11.1 juta baht berdasarkan harga semasa, selain 170,000 baht (RM21,000) wang tunai.

Polis Phra Khanong kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan laluan pelarian suspek.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img