Kes penemuan enam rangka manusia, dua beradik dituduh membunuh

DUA beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki, tahun lalu.

R Arasan, 32, yang hadir bertopang ketiak, bersama abangnya, R Utes, 36, mengangguk faham akan pertuduhan dihadapi mereka, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh V Thamil Selvan, 28 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah tidak bernombor dekat dalam ladang kelapa sawit, Kangkar Pulai di sini, antara 12.30 tengah malam hingga 4 pagi, 15 September 2025.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat sehingga 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Hamizi Mohd Yusof dan Mohamad Isa Mohamad Basir.

Mahkamah menetapkan 6 April depan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat, toksikologi serta asid deoksiribonukleik (DNA) dan tiada jaminan dibenarkan.

 

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, suami kepada seorang daripada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 9 Januari lalu selepas seorang lelaki menemui rangka manusia ketika mencari isteri dan anaknya yang hilang.

Pemeriksaan forensik mendapati enam mangsa terdiri daripada seorang wanita dewasa, seorang remaja, empat kanak-kanak serta seorang lelaki dewasa, dipercayai meninggal dunia lebih tiga bulan sebelum ditemukan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img