3 pelajar sekolah ditahan terlibat curi tabung surau

POLIS menahan tiga remaja lelaki yang merupakan pelajar sekolah kerana disyaki mencuri wang derma tabung surau di kawasan Kangkar Pulai baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Khamis lalu.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 11.10 malam hingga 11.41 malam tadi.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas dua tabung surau dan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Menurut Kumarasan, polis percaya tangkapan atas ketiga-tiga suspek itu berjaya menyelesaikan tiga kes kecurian wang derma tabung surau serta satu kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku di kawasan sama sebelum ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img