AKPS gagal cubaan seludup RM2.4 juta di KLIA, lelaki ditahan

AGENSI  Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan mata wang asing bernilai kira-kira RM2.4 juta dalam satu operasi pemeriksaan di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA Terminal 1 semalam.

Agensi itu dalam kenyataan berkata, tangkapan yang dilakukan antara pukul 10.30 pagi hingga 1 petang itu melibatkan seorang lelaki warga asing yang tiba menaiki penerbangan Batik Air.

‘’Pemeriksaan melalui mesin pengimbas bagasi mendapati imej mencurigakan sebelum penumpang diarahkan ke Pejabat Operasi Kastam. Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai mata wang asing disembunyikan dalam bungkusan pakaian baharu nilai rampasan dianggarkan hampir RM2.4 juta melibatkan pelbagai mata wang negara luar selain tiga beg bagasi, dua unit telefon bimbit dan sebuah beg pouch,’’ kata kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 28, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Menurut kenyataan itu, suspek telah ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Pencegah Kastam untuk siasatan serta tindakan lanjut.

‘’AKPS KLIA menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara serta membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di pintu masuk negara,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img