Himpunan GARAH: Polis bertindak…Zamri Viinoth dan beberapa ditahan

POLIS  mengesahkan penahanan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth bersama beberapa individu lain, pada Sabtu.

Difahamkan penahanan itu berkait dengan penganjuran himpunan yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Beli-Belah Sogo Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan dilakukan melibatkan Zamri serta beberapa individu lain.

“Tiada sidang akhbar pada malam ini sebab ada banyak tindakan lagi yang perlu dibuat. Saya cuma mahu sahkan tangkapan Zamri Vinoth bersama penama-penama yang lain, namun saya akan rangkumkan makluman berkaitan semua ini dalam sidang akhbar pada esok (Ahad),” katanya ringkas pada Sabtu.

Penangkapan itu dilakukan beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) supaya tidak mencabar undang-undang atau mengganggu keselamatan awam

“Kita lebih bebas sekarang. Nak bagi pandangan boleh, nak kritik boleh. Tetapi kalau kamu ganggu keselamatan negara atau cuba mencabar undang-undang, saya akan ambil tindakan maksimum.

“Tangkap mereka dan humban mereka. Kamu bukan hakim, kamu bukan polis. Jangan cuba ambil alih tugas polis,” katanya ketika berucap di Konvensyen PKR Selangor di Ampang Jaya

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, Peguam Haniff Khatri Abdulla dan Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim turut ditangkap manakala individu lain yang dipercayai ditahan termasuk Hishamuddin bin Abu Bakar daripada NGO Ummah, Iskandar Khoo Kuan Yiaw daripada Bersatu, Gulab Jan (PPIM), dan Tamim Dahari Abd Razak.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img