Dua maut dalam kebakaran rumah teres di Skudai

SEORANG lelaki dan seorang wanita maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Damai Jaya, Skudai di Johor Bahru awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu, mangsa yang maut ialah seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan I Mohamad Kamal Shaari berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 5 pagi.

Menurutnya, seramai 13 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux, dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis teres kekal dua tingkat dengan kemusnahan dianggarkan 40 peratus.

“Kebakaran dipercayai berlaku di ruang tamu di tingkat bawah rumah. Semasa operasi pemadaman dan pemeriksaan dijalankan, dua mangsa ditemui di tingkat atas dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Kamal berkata, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 5.51 pagi.

Tambah beliau, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan, manakala mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img