SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran tiga buah rumah yang dipercayai berpunca daripada litar pintas di Kampung Seri Cheeding, Banting awal pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima makluman kejadian itu pada 2.44 pagi.
“Maklumat awal menyatakan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam rumah.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi dan mangsa ditemukan dalam keadaan rentung pada jam 4.15 pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, operasi melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Banting dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


