‘’Hang berani hang buat…kita tangkap bawah mahkamah’’ -Amaran Anwar soal rasuah

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan ketegasan beliau dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa apabila menegaskan, mereka yang berani melakukan perbuatan berkenaan akan berhadapan tindakan tegas.

Katanya, negara tidak boleh dibiarkan berada di takut lama apabila individu tertentu khususnya bertaraf pemimpin memperoleh kekayaan melalui perbuatan ‘menyakau’ wang kerajaan.

“Saya tak izin orang nak guna wang kerajaan ini nak sakau… saya tak bagi. Kalau ‘hang cuba, hang berani, tengok… Hang buat’. Kita tangkap, bawa mahkamah dan duduklah bilik saya di Sungai Buloh…

“Yang tak boleh dipertikai, kita tak sakau duit. Kita tak mahu dah ulang Malaysia ini kerjanya cerita mengenai pemimpin asyik bagi kaya diri dia sendiri…. Saya tak mahu dengar. Sementara saya ada mandat, jangan cuba. Soal orang nak maki apa itu soal dia tetapi saya nak minta ibu bapa, saudara-saudari percaya yang kita akan pastikan negara ini di landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Santuni MADANI dan Sambutan Ihya Ramadan di Padang Rengas, hari ini.

Anwar menegaskan, tindakan memerangi rasuah bukanlah untuk membalas dendam kepada sesiapa selepas menjadi Perdana Menteri sebaliknya  beliau bekerja untuk membantu rakyat khususnya golongan miskin.

“Cakaplah apa pun, saya bukan nak dendam dengan orang. Nak dendam, marah apa lagi, bagi tahu saya… Dulu duduk di Kamunting, dan kini Allah takdirkan Alhamdulillah dah jadi Perdana Menteri (maka) buatlah kerja nak tolong orang miskin.

“Dana wang yang ada ini wang amanah. Bantulah seberapa banyak, tengok untuk Islam (juga)…. Belum pernah peruntukan untuk pendidikan Islam yang dibuat seperti mana sekarang, dakwah sehingga RM2.6 bilion untuk JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kegiatan Islam.

“Ingat tahun 2003 dahulu, Perdana Menteri pada masa itu hentikan semua bantuan peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat. Saya jadi Perdana Menteri pada November tahun 2023 bulan November, bulan Januari saya umum bagi balik sekolah peruntukan sekolah agama.

“Tahun lalu kita tambah selain baru-baru ini saya umum lagi, kita bagi RM200 juta untuk baiki semua sekolah-sekolah agama terutama sekolah agama rakyat di negara kita,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img