Lelaki dilaporkan hilang ditemukan maut, kereta dipandu terbabas dalam sungai

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya ditemukan maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas ke dalam sungai berhampiran Sekolah Dato’ Abdul Razak, Sungai Gadut, di Seremban hari ini.

Mangsa yang berusia 25 tahun sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarga selepas tidak pulang ke rumah sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, keluarga mangsa kemudian cuba menjejaki lokasi terakhir mangsa menggunakan Sistem Pengesanan Global (GPS) pada kereta jenis Toyota Yaris yang dipandunya.

“Selepas diperiksa keluarganya mendapati lokasi terakhir kereta tersebut berada di kawasan berhampiran sungai berkenaan sebelum operasi pencarian dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Menurut Azahar, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Zon 1 Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Penolong Pegawai Bomba Mohd Fadhli Shamsudin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5 petang ini.

“Mayat mangsa ditemukan pada jam 6.15 petang. Pasukan penyelamat menghadapi sedikit kesukaran memandangkan keadaan paras sungai agak dalam dan air deras berikutan hujan sejak awal pagi,” katanya dan menambah operasi membabitkan 13 anggota itu tamat pada jam 6.40 petang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img