Suami isteri maut motosikal terbabas di Lebuhraya PLUS

SEPASANG suami isteri maut setelah motosikal yang dinaiki terbabas di Kilometer 37.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Kulai petang ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Kawasaki itu kira-kira jam 1.40 petang.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa penunggang lelaki berusia 55 tahun bersama pembonceng iaitu isterinya yang berumur 49 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, dan kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img