Pelajar tingkatan 5 lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Gelam

SEORANG pelajar tingkatan lima ditemukan lemas ketika mandi bersama sekumpulan rakannya di Sungai Gelam, Langgar di Alor Setar hari ini.

Remaja terbabit, Muhammad Aiman Mohd Zaini, 17, pelajar Sekolah Menengah Darul Aman dan menetap di Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang ketika Muhammad Aiman bersama empat rakannya dari Taman Derga Jaya datang untuk mandi di sungai berkenaan.

“Ketika mandi, rakan mangsa menyedari dia lemas dan tenggelam, sebelum cuba menyelamatkannya namun gagal.

“Rakan mangsa kemudian meminta pertolongan orang awam untuk memaklumkan kepada pihak polis bagi mendapatkan bantuan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Basri berkata, polis di Pusat Kawalan DCC Kota Setar menerima panggilan daripada seorang lelaki jam 6.20 petang, memaklumkan kejadian itu.

Katanya, Muhammad Aiman berjaya ditemukan oleh pasukan bomba dan penyelamat pada jam 6.41 petang.

“Pemeriksaan luaran ke atas badan mangsa dan mendapati tiada kesan-kesan kecederaan,” katanya,

Syed Basri berkata, jenazah mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pengecaman serta proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Katanya, proses bedah siasat akan dilakukan esok.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img