Pemandu mabuk nahas ragut nyawa suami isteri disiasat mengikut Seksyen 302

KEMALANGAN meragut nyawa sepasang suami isteri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu yang dirempuh kereta dipandu seorang lelaki disyaki mabuk kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur telah ditahan bagi membantu siasatan.

ASISTEN Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa

Menurutnya, suspek telah dibenarkan keluar hospital semalam sebelum hadir memberi keterangan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee pada hari sama.

“Suspek kemudian ditangkap dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Sebelum ini kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek telah direman tujuh hari sehingga 11 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 5.34 pagi itu, penunggang motosikal berusia 61 tahun dan isteri berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki tempatan berusia 24 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang motosikal jenis Honda Wave Alpha dinaiki kedua-dua mangsa.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img