Kastam rampas vape seludup RM454,000

TINDAKAN beberapa lelaki menaiki sampan di perairan Kurung Tengar, Kuala Perlis, dalam keadaan mencurigakan pada awal pagi 6 Februari lalu membongkar tindakan mereka cuba menyeludup timbunan bungkusan kotak yang mengandungi peranti vape dan cecair ke negara jiran.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, bertindak atas maklumat, pada jam 1.30 pagi, pasukan operasi dari Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis mengejar sampan terbabit.

Beliau berkata, sampan itu kemudian bertindak bergerak ke kawasan perairan cetek sebelum berhenti.

“Ketika itu beberapa orang dipercayai tiga lelaki melarikan diri ke arah daratan dengan meninggalkan sampan berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img