Rumah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran

SEBUAH rumah kedai di Kampung Hilir, Kubang Rotan di Alor Setar, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Aminudin Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 12.28 tengah malam tadi.

Beliau berkata, setibanya bomba di lokasi, Komander Operasi melaporkan rumah kedai kelas B dua tingkat itu terbakar dan musnah 80 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman turut dilakukan dengan menggunakan sumber air yang diperoleh daripada tangki jentera dan bantuan jentera tangki air.

“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah kedai berkenaan.

“Api berjaya dikawal pada jam 1.06 pagi dan kerja-kerja overhaul turut dilakukan untuk memastikan tiada sisa api di lokasi kebakaran, ” katanya, lapor Harian Metro.

Ahmad Aminudin berkata, setakat ini, punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.46 pagi

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img