Buruh maut dihempap pengorek besi jengkaut ketika pasang longkang

SEORANG buruh maut selepas ditindih bahagian pengorek besi jengkaut ketika menjalankan kerja memasang longkang dekat jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat.

Dalam kejadian jam 1.40 petang semalam, mangsa berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian organ dalaman.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja pemasangan longkang di kawasan tepi jalan menghala ke Pantai Geting, Tumpat.

“Bagaimanapun sebuah jengkaut dikendalikan rakan sekerja mangsa dipercayai tergelincir. Bahagian pengorek besi jentera itu menghempap mangsa,” katanya semalam, lapor Harian Metro.

Mohd Khairi berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati mengendalikan jentera berat dan mengutamakan aspek keselamatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img