JIM nafi keluarkan poster pasport dan MyKad baharu di media sosial

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menafikan penglibatan agensi itu dalam pengeluaran penerbitan poster pasport dan MyKad baharu yang kini tular di media sosial.

JIM dalam satu kenyataan memaklumkan, poster berkenaan bukan dikeluarkan oleh pihaknya dan maklumat yang terkandung di dalamnya adalah tidak sahih serta tidak mewakili sebarang pengumuman rasmi jabatan itu.

“JIM mengambil perhatian serius mengenai penyebaran poster bertajuk New: Malaysia Passport & MyKad 2026 yang mengaitkan laman web rasmi JIM sebagai rujukan dan kini tular di media sosial,” katanya.

Poster itu juga merujuk sumber Kementerian Dalam Negeri dan menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Justeru, jabatan itu menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi JIM bagi mendapatkan maklumat tepat berkaitan pasport Malaysia atau sebarang dasar baharu.

“Sebarang perkembangan rasmi akan dimaklumkan melalui laman web serta platform media sosial rasmi JIM,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img