Imigresen serbu R&R Dengkil, 20 warga asing bekerja tanpa permit ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan 20 warga asing dalam satu serbuan di premis perniagaan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah selatan, semalam.

Operasi bersepadu yang dijalankan pada 4 Mei itu membabitkan 30 pegawai penguat kuasa dari Ibu Pejabat Imigresen Malaysia di Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 39 individu diperiksa membabitkan 27 warga asing dan 12 warga tempatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 20 warga asing berusia antara 23 hingga 40 tahun ditahan, terdiri daripada 11 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia serta dua lelaki warga Bangladesh.

“Mereka dipercayai melakukan kesalahan imigresen termasuk bekerja tanpa permit sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan mendapati majikan menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa termasuk menggajikan pekerja asing menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) milik syarikat lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Selain itu, lima Borang 29 (saman kepada saksi) turut dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen KLIA untuk tindakan lanjut.

Zakaria menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), selain memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pelanggaran undang-undang imigresen.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img