DUA lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai melarikan diri dari pemeriksaan polis serta didapati memiliki dadah dan peralatan pecah rumah dalam kejadian di Jalan Taman Bukit Indah, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam, apabila anggota MPV menerima maklumat sedang mengejar sebuah kereta jenis Volkswagen Passat berwarna hitam.
“Siasatan awal mendapati suspek cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis kerana dipercayai membawa dadah serta peralatan pecah rumah di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Anuar berkata, kedua-dua suspek ditahan di Jalan bypass Serendah, Hulu Selangor menghala Kuala Lumpur.
“Kedua-dua suspek direman selama empat sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah.
Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan aksi kenderaan polis mengejar suspek di kawasan perumahan Bukit Indah.


