Anak perempuan, cucu Khamenei terbunuh – media kerajaan Iran

SUMBER daripada pejabat Pemimpin Tertinggi, Sayyed Ali Khamenei telah mengesahkan kepada Fars News Agency bahawa anak perempuannya, menantu lelakinya, serta cucunya telah syahid susulan serangan Zionis pada pagi Sabtu.

Selain itu, laporan turut mengesahkan bahawa salah seorang menantu perempuan Pemimpin Tertinggi juga syahid dalam serangan yang sama.

Sekurang-kurangnya 201 orang dilaporkan terbunuh di 24 wilayah di seluruh Iran susulan gelombang serangan udara dan peluru berpandu yang melanda beberapa bandar utama negara itu, termasuk ibu negara, Tehran.

Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan angka korban terus meningkat, manakala media tempatan melaporkan lebih 100 mangsa maut dalam satu serangan ke atas sebuah sekolah di selatan negara berkenaan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam pada itu mendakwa Washington telah memulakan `operasi tempur besar-besaran’ di Iran, selepas Israel mengesahkan pelancaran serangan peluru berpandu terhadap beberapa sasaran di negara itu, lapor Al Jazeera.

Beberapa letupan dilaporkan menggegarkan Tehran, selain kejadian sama di beberapa lokasi lain, ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak dan mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik berskala lebih besar di rantau itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img