Umat Islam diminta solat hajat, baca Qunut Nazilah doa keselamatan Gaza, Asia Barat

UMAT Islam di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah demi keselamatan di Gaza dan Asia Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengeluarkan arahan itu susulan tindakan Amerika Syarikat (AS)- Israel memulakan operasi pertempuran besar di Iran.

“Saya menyeru umat Islam seluruh negara membaca Qunut Nazilah dan Solat Hajat demi keamanan Gaza dan Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Media melaporkan, Iran melancarkan gelombang baharu serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel serta pangkalan tentera AS di rantau Asia Barat.

Media kerajaan menyatakan serangan terbabit dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan besar-besaran sebelum ini yang mengorbankan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Berdasarkan laporan itu, sebanyak 27 pangkalan tentera AS di rantau berkenaan menjadi antara sasaran utama, selain ibu pejabat ketenteraan Israel serta kompleks industri pertahanan di Tel Aviv.

Serangan terbaharu itu menandakan peningkatan ketara konflik di Asia Barat ketika ketegangan antara Iran, AS dan Israel terus memuncak susulan siri serangan balas yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img