FBI ekstradisi warga Bangladesh dikehendaki dari Malaysia

BIRO Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengekstradisi seorang warga Bangladesh dari Malaysia selepas menahan suspek dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia.

Pengarah FBI, Kash Patel berkata, Zobaidul Amin, 28, didakwa mengendalikan sebuah rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak antarabangsa dan dikehendaki sejak 2022.

Menurutnya, Zobaidul tiba di Alaska, Amerika Syarikat (AS) semalam dan akan didakwa kemudian hari ini.

Patel turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia atas bantuan mereka dalam penahanan suspek tersebut.

“Terima kasih kepada pejabat kami di Kuala Lumpur, kerajaan Malaysia, dan rakan-rakan tempatan kami yang hebat di seluruh negara yang membantu dalam siasatan dan penahanan,” katanya dalam satu hantaran di X.

Dalam hantaran tersebut, Patel menyertakan gambar menunjukkan tiga individu dipercayai pegawai FBI mengiringi suspek ke pesawat peribadi yang mendarat di Malaysia.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img