Anwar ziarah Mursyidul Am Pas di Hospital Pulau Pinang

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Anwar yang dalam lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Kedah berkata, Hashim dalam keadaan baik dan sempat berbicara panjang.

‘’Saya turut menyampaikan salam Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kepada beliau dan keluarga, serta mendoakan afiyah dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim,’’ katanya melalui Facebook beliau.

Di hospital yang sama, kata Anwar, beliau turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

‘’Saya hargai pengorbanan petugas kesihatan yang begitu besar jasanya dalam menjaga dan berkhidmat kepada masyarakat.

‘’Sebelum beredar, saya mendapatkan perkembangan projek naik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang agar usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img