Kos haji kekal, penerbangan pertama 18 April ini

KOS menunaikan ibadah haji bagi musim 1447 Hijrah kekal pada kadar RM33,300 meskipun berdepan ketidaktentuan harga minyak global ketika ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Mustakim Mohamad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa termasuk perbincangan dengan syarikat penerbangan.

Menurut beliau, perjanjian sedia ada antara TH dan syarikat penerbangan telah mengambil kira sebarang perubahan harga minyak yang boleh memberi kesan kepada kos penerbangan.

“Untuk makluman, kos haji tidak akan meningkat bagi 1447 Hijrah kerana kita telah pun mengambil kira peningkatan harga minyak ini dalam perjanjian sedia ada.

“Perjanjian tersebut telah mengambil kira sebarang perubahan harga minyak yang akan memberi kesan kepada kos penerbangan,” katanya.

Tambah beliau, TH juga akan menyerap sebarang kenaikan kos yang terlibat bagi memastikan jemaah tidak terbeban.

Dalam perkembangan sama, Mustakim Mohamad memaklumkan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijadualkan berlepas pada 18 April ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata kos haji pada masa hadapan berkemungkinan akan disemak semula sekiranya konflik di Asia Barat berterusan dalam tempoh panjang sehingga memberi kesan ketara kepada harga minyak global.

“Ia amat bergantung kepada situasi semasa, termasuk tempoh konflik dan sejauh mana ia memberi impak kepada harga minyak,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img