Polis kesan lelaki cuba curi kabel di Ipoh

POLIS sedang mengesan seorang lelaki disyaki cuba mencuri kabel di Jalan Medan Istana di Ipoh yang tular dalam laman media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 8.50 malam dan rakaman kejadian itu dimuat naik seorang pemilik akaun X.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran mendapati seorang lelaki mengetuk mozek penutup lurang (manhole) dipercayai untuk membukanya bagi mencuri kabel.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img