Iran minta penduduk Asia Barat jauhi lokasi tentera AS, elak jadi ‘perisai manusia’

KOR Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran dan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, dengan tegas menggesa penduduk Asia Barat menjauhi lokasi yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS), dengan mendakwa kehadiran tersebut boleh mendedahkan orang awam kepada risiko serangan.

Dalam satu kenyataan hari ini berhubung Operasi “True Promise 4”, IRGC menyasarkan mesej kepada “rakyat mulia di rantau Asia Barat”, menggesa mereka segera meninggalkan kawasan berhampiran pangkalan tentera Amerika.

Menurut IRGC, tentera Amerika dan tentera Israel (IDF) cuba menggunakan kemudahan awam sebagai perlindungan, sekali gus menjadikan orang awam sebagai “perisai manusia” bagi mengelak serangan balas Iran.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menghapuskan pasukan pengganas Amerika dan rejim Zionis yang membunuh rakyat Iran. Oleh itu, orang awam dinasihatkan menjauhi lokasi mereka bagi mengelakkan sebarang bahaya,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Araqchi turut mendakwa bahawa tentera Amerika telah meninggalkan pangkalan mereka di negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan berlindung di hotel serta pejabat awam.

Dalam kenyataan di platform X yang dipetik oleh Tasnim News Agency, beliau berkata tindakan tersebut secara langsung membahayakan rakyat tempatan.

“Sejak awal perang ini, tentera AS melarikan diri dari pangkalan tentera di GCC untuk bersembunyi di hotel dan pejabat. Mereka menggunakan rakyat GCC sebagai perisai manusia,” katanya.

Beliau turut menggesa hotel-hotel di rantau GCC supaya menolak tempahan daripada pegawai tentera yang berpotensi membahayakan keselamatan pelanggan lain.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img