Perlis antara tujuh kawasan berada pada tahap 2 – gelombang haba

TUJUH kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 atau gelombang haba, setakat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, kawasan berkenaan adalah Perlis, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling, Kedah serta Hulu Perak, Perak.

Selain itu, kemas kini status cuaca panas sehingga jam 6 pagi tadi itu juga menunjukkan, sebanyak 13 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).

Kawasan berkenaan adalah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu, Kedah.

Selain Timur Laut dan Utara Pulau Pinang, Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah, Perak serta Jerantut, Pahang.

Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img