‘’Saya mohon maaf secara terbuka, saya amat menghormati agama Islam’’ – Poay Tiong

SELEPAS mendapatkan kecaman daripada pemimpin dan penyokong DAP sendiri  kerana yang mempersoalkan arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu pada setiap hari Jumaat,  Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong memohon secara terbuka.

Melalui kenyataan dalam Facebook beliau, Ahli Parlimen Kota Melaka itu berkata, beliau memohon maaf secara terbuka berhubung hantarannya  sebelum ini berhubung perkara berkenaan.

‘’Saya mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam cara saya menyampaikan pandangan tersebut. Pemilihan kata-kata dan nada hantaran berkenaan telah menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.

‘’Saya ingin menjelaskan bahawa saya amat menghormati agama Islam, amalan solat Jumaat serta hak umat Islam untuk menunaikan tuntutan agama mereka. Saya sama sekali tidak berniat untuk mempertikaikan atau memperkecilkan kepentingan ibadah tersebut,’’ katanya.

Poay Tiong berkata,  sebagai seorang wakil rakyat dan pemimpin, beliau sepatutnya lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan sensitif dalam menyampaikan pandangan, khususnya apabila melibatkan isu agama dan sensitiviti masyarakat majmuk.

‘’Saya menerima teguran dan kritikan yang telah diberikan dengan hati terbuka. Saya juga mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan dalam penyampaian tersebut.

‘’Sekali lagi, saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atau terluka dengan hantaran saya. Saya akan mengambil iktibar daripada perkara ini dan lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan pada masa hadapan. Saya memohon maaf dengan penuh keikhlasan,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here