Iran dakwa tembak empat pesawat AS, akan dedahkan sistem pertahanan baharu

TENTERA Iran mendakwa berjaya mensasarkan dan menjatuhkan beberapa pesawat pejuang milik Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh satu hari, sekali gus menolak dakwaan Presiden AS, Donald Trump, bahawa sistem pertahanan udara negara republic Islam Iran telah dimusnahkan sepenuhnya.

Menurut laporan, sejak pagi semalam  muncul maklumat berturut-turut mengenai dua pesawat serta dua helikopter AS ditembak oleh tentera Iran.

 Jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbiya, Ebrahim Zolfaghari, menyatakan bahawa perkembangan tersebut “menyerlahkan kepalsuan dakwaan Presiden Trump” berkaitan keupayaan pertahanan Iran.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, beliau menjelaskan bahawa pesawat-pesawat berkenaan ditembak jatuh menggunakan “sistem pertahanan baharu yang canggih” milik Iran.

Beliau turut menambah bahawa sebuah jet pejuang musuh telah disasarkan di selatan Pulau Qeshm sebelum terhempas di perairan antara Qeshm dan Hengam.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, , Ebrahim Zolfaghari memaklumkan bahawa sistem pertahanan udara moden buatan Iran akan didedahkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sistem tersebut dibangunkan oleh saintis tempatan dan akan diperkenalkan secara berperingkat di medan operasi.

Beliau turut menyifatkan hari Jumaat sebagai hari yang “penuh kebanggaan” bagi unit pertahanan udara Iran, yang didakwa berjaya melancarkan serangan balas dengan pantas dan tepat terhadap pelbagai aset udara musuh termasuk pesawat pejuang, dron dan helikopter.

Dalam kenyataan itu, Iran turut mendakwa bahawa antara sasaran yang berjaya ditembak jatuh termasuk sebuah pesawat pejuang generasi kelima F-35, beberapa dron strategik seperti MQ-9 dan Hermes, peluru berpandu, serta pesawat A-10 dan helikopter Black Hawk.

Menurut beliau, kejayaan berkenaan membuktikan keupayaan sistem pertahanan udara Iran yang beroperasi di bawah rangkaian bersepadu nasional.

Ebrahim turut menegaskan bahawa Iran akan terus memperkukuh kawalan ruang udara negara dan menunjukkan keupayaan sebenar di medan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img