IRAN ternyata sama sekali tidak gentar dengan ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang memberi tempoh 48 jam kepada Iran memenuhi tuntutan Washington bagi mencapai perjanjian atau membuka semula Selat Hormuz.
Trump yang berpakat dengan pengganas antarabangsa Benjamina Netanyahu menyerang Irang dengan angkuh berkata,’’Masanya semakjin suntuk, 48 jam sebelum ‘neraka akan melanda mereka’,
Iran dengan tegas membalas kembali ancaman tersebut melalui mesej yang disampaikan oleh Komander Mejar Jeneral Ali Abdollahi kepada Trump dengan menyatakan:
‘’Presiden Amerika yang agresif dan gemar berperang, selepas mengalami kekalahan berturut-turut, dalam tindakan yang terdesak, penuh emosi, tidak seimbang dan bodoh telah mengancam infrastruktur negara serta aset nasional kami.
‘’Kami, angkatan bersenjata, tidak akan sesaat pun berlengah dalam mempertahankan hak rakyat dan melindungi aset nasional, dan akan menundukkan setiap penceroboh ke tempatnya.
‘’Sekiranya musuh Amerika-Zionis melakukan pencerobohan, kami akan menyasarkan semua infrastruktur yang digunakan oleh tentera pengganas Amerika serta juga infrastruktur rejim Zionis tanpa sebarang had, dengan serangan yang memusnahkan dan berterusan.
‘’Sejak awal perang yang dipaksakan, segala yang kami katakan telah kami laksanakan. Makna mudah mesej ini ialah: pintu-pintu neraka


