Seorang rakyat Malaysia antara lapan korban helikopter terhempas di Kalimantan Barat

WISMA Putra mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak konsulat Malaysia di Pontianak bersama keluarga mangsa, kini sedang menguruskan proses membawa pulang jasad ke tanah air.

Mangsa dikenal pasti sebagai Patrick Kee Chuan Peng, 67 tahun.

“Ya, ada seorang rakyat Malaysia yang terlibat. Pihak konsulat di Pontianak bersama keluarga sedang membuat urusan untuk membawa balik mangsa ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Media di Indonesia melaporkan,  sebuah helikopter jenis Airbus H130 dengan nombor pendaftaran PK-CFX dilaporkan terhempas di kawasan hutan di  Sekadau, Kalimantan Barat pada Khamis.

Menurut kenyataan Kementerian Perhubungan Indonesia, helikopter itu membawa lapan individu termasuk seorang juruterbang, seorang jurutera dan enam penumpang.

Juruterbang dikenali sebagai Kapten Marindra Wibowo, manakala jurutera ialah Harun Arasyid. Antara penumpang yang berada dalam pesawat tersebut termasuk seorang warga Malaysia, Patrick K, bersama lima lagi penumpang iaitu Victor T, Charles L, Joko C, Fauzie O dan Sugito.

Pengarah Perhubungan Udara, Lukman F. Laisa memaklumkan bahawa pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan telah berjaya menemukan lokasi nahas di kawasan hutan berkenaan.

“Berdasarkan maklumat di lapangan, kesemua penumpang dan kru pesawat disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di Jakarta hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img