Tragedi Pantai Merdeka: Dua pelajar Institut Pendidikan Guru lemas ketika berkayak

DUA  pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti kayak di Pantai Merdeka kira-kira pukul 5 petang Sabtu.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berusia 20-an terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Berdasarkan saksi kejadian, sekumpulan pelajar menaiki kira-kira 30 buah kayak bergerak dari Teluk Bayu di sini menuju ke Teluk Nipah di Pantai Merdeka.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba berlaku arus deras di muara Sungai Merbok menyebabkan beberapa kayak dinaiki pelajar terbalik, lapor Sinar Harian.

Operasi pencarian kemudian menemui dua orang mangsa dipercayai tersangkut di bawah pukat kira-kira pukul 7.30 malam.

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat sementara beberapa pelajar yang dikesan trauma dihantar Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img