Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

DUA penunggang motosikal maut dirempuh kereta yang terbabas memasuki laluan bertentangan di Kilometer 24.9, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, di Johor Bahru, hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Ramlan Radin Taha berkata, dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, kereta dinaiki tiga individu hilang kawalan ketika melalui selekoh basah.

Menurutnya, kereta itu kemudian memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh dua motosikal.

“Kedua-dua penunggang motosikal membabitkan lelaki warga tempatan masing-masing berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, pemandu dan dua penumpang kereta berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

“Orang awam atau saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi kaunter aduan bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah Iskandar Puteri di talian 07-5101322,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here