Dua maut, tiga cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Lebuh Raya DUKE

DUA maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari arah Tol Ayer Panas menghala ke Ampang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku jam 3.43 petang membabitkan tiga lori jenis Hicom dan Isuzu serta sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton.

“Siasatan awal mendapati sebuah lori berhenti di lorong tengah akibat kerosakan enjin sebelum sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah belakang gagal mengawal kenderaan lalu merempuh lori terbabit.

“Susulan itu, sebuah lagi lori berhenti bagi memberi bantuan, namun sebuah lori lain yang datang dari arah belakang dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar semua kenderaan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, dua lelaki masing-masing berusia 52 tahun dan 53 tahun maut di lokasi kejadian.

“Mangsa adalah seorang lelaki tempatan yang juga pemandu lori serta pemandu pikap dan seorang lelaki warga Bangladesh. Kedua-duanya berada di luar kenderaan ketika kejadian sebelum tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Katanya, dua tiga lagi individu iaitu dua lelaki berusia 43 dan 35 tahun serta seorang lelaki warga asing berusia 38 tahun cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu lori terakhir mengawal kenderaan sehingga melanggar kenderaan yang berhenti di lorong tengah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img