Bekas CEO badan berkanun, pengerusi syarikat bantu siasatan skandal urus niaga  

SEORANG bekas ketua pegawai eksekutif badan berkanun dan pengerusi sebuah syarikat direman bagi membantu siasatan skandal urus niaga saham dipercayai menyebabkan kerugian lebih RM300 juta kepada dana awam.

Perintah reman selama empat hari hingga 12 April ini dikeluarkan Majistret Azeren Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, susulan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu ditahan kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu pada tahun 2022 hingga 2023.

“Siasatan turut mendapati urus niaga penjualan saham tersebut dipercayai melibatkan penilaian harga yang tidak munasabah (overvaluation) dan tidak setimpal sehingga menyebabkan kerugian kepada dana awam dianggarkan melebihi

Urus niaga tersebut dipercayai melibatkan penilaian harga saham yang tidak munasabah (overvaluation), sekali gus menyebabkan kerugian besar kepada dana awam.

Dalam perkembangan sama, Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM telah menjalankan serbuan di 13 lokasi sekitar Lembah Klang, melibatkan agensi dan syarikat berkepentingan awam, premis pejabat serta kediaman individu berkaitan.

SPRM turut membekukan 62 akaun bank milik individu dan syarikat yang disyaki terlibat, membabitkan jumlah kira-kira RM450 juta.

Pengarah Kanan BOK SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin, mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, siasatan turut menjurus kepada kemungkinan kesalahan pecah amanah jenayah serta aktiviti pengubahan wang haram.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img