Nahas 6 kenderaan di LDP, seorang penunggang parah

SEORANG penunggang motosikal parah dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 5.4 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Kepong, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian yang tular tengah hari itu sebenarnya berlaku jam 8.43 pagi semalam berpunca sebuah kenderaan yang secara tiba-tiba mengubah haluan ke lorong kanan.

“Pemandu berkenaan berbuat demikian bagi mengelak terlanggar sebuah kenderaan di hadapannya yang berhenti secara mengejut.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit cedera dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kertas siasatan berhubung kemalangan itu dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Shamsudin turut memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelak kemalangan.

Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya.

Pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai atau saksi yang melihat kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.

“Saksi juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Abdul Haris Nasution di talian 018-363 1786 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img