Bekas wartawan TV3, Jaffry Azman meninggal dunia

BEKAS wartawan TV3, Jaffry Azman Dahalan yang dikenali dengan laporan terhadap isu alam sekitar serta komuniti, meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pagi ini.

Menurut ahli keluarganya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 pagi, akibat serangan jantung.

Jenazah dibawa ke Surau As-Siddiq, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Bandar Tun Hussein Onn.

Jaffry Azman merupakan wartawan TV3 berpengalaman yang berkhidmat di stesen televisyen itu selama lebih 20 tahun.

Allahyarham juga pernah menerajui segmen Aduan Rakyat bersama mendiang Datuk Karam Singh Walia yang meninggal dunia pada 6 April lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img